My Rummy: Pengenalan
My Rummy ialah satu versi game-card untuk Matematik. Apa yang dimaksudkan dengan rummy? Istilah rummy, tiada ditakrifkan didalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terbitan 2002. Namun, di dalam kamus Web Wikipedia, rummy sebenarnya ialah istilah generik atau umum bagi permainan kad atau game-card. Oleh kerana terdapat banyak jenis kaedah permainan game-card, permainan padankan kad atau matching card games mungkin lebih sesuai untuk menjelaskan mengenai permainan rummy.
Sama ada dari segi istilah mahupun bahasa, rummy sememangnya tiada kaitan langsung dengan matematik. Malahan, gaya permainan rummy yang menggunakan kad dan dimainkan secara berkumpulan sinonim dengan permainan poker atau mungkin juga disebut kad judi!
Disebalik gaya permainan rummy, jika difikir-fikirkan, bermain secara berkumpulan adalah sesuatu yang dilalui oleh semua orang! Oleh sebab itulah, My Rummy dicipta untuk dimainkan secara berkumpulan, sesuai dengan naluri kanak-kanak!
Seperti juga istilah rummy, permainan atau game juga tiada kaitan langsung dengan matematik. Malahan, aktiviti bermain bagi kanak-kanak zaman sekarang adakalanya disekat kerana bermain membuatkan kanak-kanak menjadi leka.
Namun, jika difikir-fikirkan kanak-kanak sebenarnya bermain untuk belajar! Bermain adalah merupakan interaksi sosial bagi kanak-kanak. Dengan bermain dalam kumpulan, lebih banyak lagi pengalaman akan dipelajari oleh seorang kanak-kanak tanpa disedari oleh kita sebagai orang yang telah dewasa. Oleh sebab itulah, My Rummy dicipta untuk murid-murid belajar matematik dalam permainan berbentuk game-card. Secara tidak langsung, My Rummy menggalakkan interaksi sosial. Melalui cara ini juga, murid-murid akan belajar matematik melalui cara dan pengalaman yang menyeronokkan! Nah! itulah sebahagian daripada tujuan pengajaran dan pembelajaran matematik!
Apa itu MY RUMMY?
• My Rummy ialah game-card untuk matematik.
• My Rummy dicipta untuk dimainkan secara berkumpulan.
• Bermain My Rummy menggalakkan interaksi sosial.
• Kanak-kanak bermain untuk belajar.
• My Rummy membolehkan murid-murid belajar matematik dengan cara dan pengalaman yang menyeronokkan!
Keunikan My Rummy
My Rummy bukan permainan game-card yang biasa. My Rummy bukan permainan game-card yang menyebabkan kanak-kanak leka dalam pembelajaran. My Rummy bukan permainan game-card yang membuang masa. Jika anda ingin tahu, selain fungsinya sebagai alat permainan dalam kumpulan yang menimbulkan keseronokan, My Rummy juga direkabentuk untuk membina dan meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.
Dalam My Rummy Level 1 yang ditawarkan, ia memberikan fokus terhadap penguasaan konsep tambah dan tolak (addition and subtraction) sahaja. Ini adalah kerana murid-murid sekolah tahun 1 dan tahun 2 selalu bermasalah dalam memahami konsep asas tersebut apabila di ajar didalam bahasa Inggeris. Murid-murid anda mungkin tidak bermasalah untuk menyelesaikan operasi matematik asas seperti 5 - 1 = ?. Apakah yang anda akan lakukan jika murid-murid anda menghadapi masalah untuk menyelesaikan operasi matematik 'count back 1 counts from 5 = ?'
My Rummy menyediakan 120 operasi matematik yang sedemikian yang disusun mengikut aras kesukaran yang rendah ke tinggi. My Rummy memang dicipta untuk murid tahun 1 dan tahun 2. My Rummy ialah pilihan aktiviti yang terbaik untuk mereka!
Selain daripada mempertingkatkan penguasaan konsep-konsep asas dalam matematik, My Rummy juga adalah permainan di dalam kelas yang mampu untuk meningkatkan kemahiran mendengar serta kepekaan nombor atau number sense yang di dapati begitu lemah dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Selain daripada itu, My Rummy juga menjurus ke arah pembangunan komputasi mental (mental computation). Bagaimana My Rummy melakukannya? Skrol ke bawah untuk mendapatkan jawapannya.
Apa itu MY RUMMY?
• My Rummy membina dan meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.
• My Rummy meningkatkan kemahiran mendengar serta kepekaan nombor atau number sense.
• My Rummy menjurus ke arah pembangunan komputasi mental (mental computation)
Permainan My Rummy juga unik kerana tidak berkonsepkan menang atau kalah. My Rummy lebih berminat untuk mengenalpasti siapakah yang paling responsif daripada siapa menang atau kalah. Menerusi kaedah permainan yang unik, pengoperasian matematik yang dilakukan oleh murid secara komputasi mental (mental computation) memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk murid menghasilkan jawapan yang tepat. Rangsangan daripada ahli kumpulan pula melatih murid untuk berfikir dengan pantas dan membuat keputusan yang cepat untuk menjawab pengoperasian matematik yang dilontarkan dalam sesi permainan. Bagaimanakah My Rummy dimainkan? Skrol ke bawah untuk mendapatkan jawapannya.
Masih ingatkah anda mengenai gaya pembelajaran (learning style) dalam kalangan murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang masih dikira baru dalam alam persekolahan? Ianya ada dalam kajian pedagogi. Murid Tahun 1 dan Tahun 2 lebih suka dan mudah memproses maklumat melalui apa yang ia dengar. Jika diminta membaca daripada buku, mereka agak liat dan kurang fokus! My Rummy adalah mathematical game yang mengambilkira gaya pembelajaran murid di peringkat ini.
My Rummy menyediakan pengoperasian matematik dengan ayat matematik dan bahasa yang mudah. Ini adalah bagi mengelakkan murid terpaksa mengulang ayat matematik yang dilontarkan kepada ahli kumpulan. Penggunaan ayat matematik yang mudah juga dapat membangunkan kemahiran yang disebut sebagai reasoning skill.
Reasoning skill iaitu kebolehan untuk memberikan alasan atau sebab adalah kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi dalam pembelajaran murid. Reasoning skill semakin diterima sebagai kaedah penilaian dan merupakan kemahiran kritikal pada abad ini. Semua ciri-ciri ini menjadikan My Rummy amat sesuai untuk diaplikasikan di sekolah untuk murid-murid seawal sekolah rendah!
Tidak seperti permainan mathematical game yang lain, My Rummy dibangunkan untuk mencipta hubungan dengan aplikasi matematik seharian malahan mampu juga menjadi alat yang menarik dalam meningkatkan penguasaan istilah (misalnya istilah count on, count back, counts from, less than dll) serta kemahiran komunikasi bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
Apa itu MY RUMMY?
• My Rummy meningkatkan keyakinan diri.
• My Rummy melatih cara berfikir yang pantas dan cepat membuat keputusan.
• My Rummy mencipta hubungan (making connections) dengan aplikasi matematik seharian
• My Rummy membangunkan reasoning skill.
• My Rummy meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Bagaimana Cara Bermain Untuk Memaksimumkan Faedah My Rummy?
1.0 Persediaan
Untuk bermain dengan My Rummy, guru atau tutor akan menjadi fasilitator. Guru juga berperanan sebagai pemerhati. Langkah pertama ialah pembahagian kumpulan.
1.1 Pembahagian Kumpulan
Setiap kumpulan boleh terdiri daripada 6 orang sahaja. Di dalam sebuah kelas dengan jumlah murid seramai 35 - 40 orang , bahagikanlah kepada 6 atau 7 kumpulan. Jika berlaku masalah semasa permainan, guru akan pergi kepada kumpulan tersebut.
1.1 Pemilihan dan Pengedaran My Rummy Game-Card
Pemilihan kad-kad My Rummy boleh dibuat berdasarkan keupayaan sesebuah kumpulan murid yang menjadi pemain. Kad-kad My Rummy tidak sama di antara satu sama lain. Guru lebih memahami murid-muridnya. Oleh sebab itu, guru boleh menentukan sendiri kad-kad My Rummy yang bersesuaian untuk sesebuah kumpulan. Pada peringkat permulaan, saya mencadangkan seperti berikut:
• Berikan set kad My Rummy yang melibatkan mathematical operations aras rendah yang lebih mudah kepada kelompok murid yang agak lemah. Misalnya, set kad My Rummy yang bernombor 1.1 sehingga 1.10.
• Berikan set kad My Rummy yang melibatkan mathematical operations aras lebih tinggi diberikan kepada kelompok murid yang lebih baik penguasaan matematiknya. Misalnya, set kad My Rummy yang bernombor 1.11 sehingga 1.20.
Jika guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan secara rawak, edarkanlah kad-kad kepada kumpulan-kumpulan murid secara rawak, atau guru boleh memint a mereka m emilih sendiri set kad yang disukai. Jika ada kumpulan murid yang hanya memilih kad-kad My Rummy yang mudah, nasihatkanlah mereka agar mencuba pula kad-kad My Rummy yang lebih sukar.
1.2 Pengrekodan dan Carta Prestasi
Untuk menjadikan permainan My Rummy lebih bersistematik, guru-guru digalakkan untuk merekodkan setiap set kad yang telah digunakan oleh sesebuah kumpulan. ini adalah bagi mengelakkan mereka keliru dengan set-set kad yang belum lagi dimainkan dan yang sudah dimainkan. Setiap kumpulan berpeluang untuk mencuba setiap satu set kad My Rummy. Terdapat 20 set kad My Rummy kesemuanya.
2.0 Peraturan Permainan My rummy
Pesanan Penting:
Apabila mengedarkan kad-kad My Rummy, pastikan murid-murid dalam sesebuah kumpulan melindung kad masing-masing. Setiap murid hanya diberikan satu kad My Rummy sahaja. Oleh itu, mereka perlu merahsiakan kad mereka daripada pengetahuan rakan sekumpulannya.
Dalam sebuah kumpulan, arahkan murid-murid untuk duduk dalam satu bulatan. Jarak di antara seorang murid-dengan seorang murid yang lain boleh dipelbagaikan. Jika kad-kad My Rummy belum lagi diedarkan, guru bolehlah mengedarkannya sekarang. Jika kad-kad My Rummy telahpun diedarkan, pastikan mereka terus merahsiakan kad yang dipegang. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan satu kumpulan murid dalam permainan My Rummy.
Rajah 1: Kedudukan 6 orang murid dalam permainan My Rummy. Sebelum permainan, maklumat pada kad mestilah dirahsiakan.
3.0 Memulakan Permainan My Rummy
Peranan guru:
Permainan My Rummy seharusnya berjalan dalam suasana senggang, yang tidak memberi sebarang tekanan kepada murid-murid. Ini adalah penting agar permainan matematik ini mampu merangsang dan menggalakkan murid berfikir. Oleh itu;
Guru boleh melantik salah seorang ahli kumpulan untuk memulakan permainan atau;
Secara sukarela, murid-murid juga boleh menjadi pemula permainan.
Berdasarkan Rajah 1 di atas, terdapat 6 orang murid ditandakan dengan Player 1 hingga Player 6. Katakanlah Player 1 adalah murid yang dilantik dilantik untuk memulakan permainan.
3.1 Menyebut Ayat Matematik Dengan Suara Yang Kuat
Arahkan Player 1 untuk menyebut nombor pada kad My Rummy mereka sendiri diikuti dengan ayat matematik yang tertera pada kad dengan kuat. Contohnya, Player 1 akan menyebut:
PLAYER 1 STARTS
Four is my number!
What is the number if we add 3 more to 4?
3.2 Murid Mendengar Ayat Matematik Dengan Teliti
Murid lain akan mendengar dengan tekun, nombor dan ayat matematik yang dibacakan oleh player 1. Dengan cara inilah My Rummy menggalakkan kemahiran mendengar! Teknik ini juga menguji tahap kepekaan nombor atau disebut number sense dalam kalangan murid-murid. Jika mereka telah mendengar, tahukah mereka nombor apakah yang disebutkan oleh Pemain 1 tadi? Apakah pula pengoperasian matematik yang dibacakan tadi? Ya, My Rummy benar-benar menguji tahap kepekaan nombor!
3.3 Murid Menganalisis Ayat Matematik dan Mengira Secara Mental
Setelah lulus dalam fasa pendengaran tadi, murid lain akan membuat pengiraan tetapi tidak boleh menggunakan pensil dan kertas! Sebaliknya mereka hanya dibenarkan mencongak menggunakan mental sahaja! Ya, dengan cara inilah My Rummy menggalakkan kemahiran operasi mental atau computation! Pada peringkat ini jugalah proses pemikiran bermula dan guru boleh memerhatikannya. Di dalam fikiran mereka:
• Nombor yang dikenalpasti ialah FOUR iaitu 4 dan operasinya ialah ADD iaitu operasi tambah (addition).
• Melalui operasi ADD, pernyataan "add 3 more to 4" akan memberikan jawapan SEVEN iaitu 7.
3.4 Murid Membuat Perbandingan dan Membuat Keputusan
Kini jawapan SEVEN berada di dalam fikiran mereka. Seterusnya, mereka akan membandingkan SEVEN dengan nombor yang terdapat pada kad My Rummy masing-masing. Berdasarkan Rajah 1, siapakah yang memegang kad jawapan tersebut? Ya, jawapannya ialah Player 6! Dalam pusingan ini, Player 6 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Nota: Pada peringkat ini, permainan boleh terhenti seketika disebabkan masalah kepekaan nombor. Nah! Jika murid-murid tidak peka, apa akan jadi? Pastinya, tiada seorang muridpun yang akan mengangkat tangan selepas Player 1 membacakan kadnya!
Peranan Guru: Pada peringkat ini, guru sendiri dapat mengenalpasti siapakah yang tidak peka atau selalu leka. Mereka inilah golongan murid yang lemah kepekaan nombor atau number sense nya! Dalam meneruskan permainan My rummy ini, guru mesti menyemak siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumbalas. Tegur dan berilah nasihat kepada murid tersebut agar memberikan perhatian, meningkatkan kepekaan terhadap nombor dan juga ayat matematik yang akan dibacakan oleh rakan-rakan mereka.
3.5 Murid Memberikan Maklumbalas
Selepas membuat keputusan, salah seorang murid akan mengangkat tangan dengan pantas untuk memberikan maklumbalas! Siapakah murid itu? Ya, pastinya Player 6. Sepertimana yang dilakukan oleh Player 1, Player 6 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 6 dengan yakin akan menyebut:
PLAYER 6 RESPONSE
Seven is my number!
What happen if we remove 5 from 7?
Pada peringkat ini, guru juga dapat melihat dan menilai sejauh mana kefasihan murid-murid dalam membacakan ayat-ayat matematik pada kad permainan matematik My Rummy yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Cuba perhatikan sebutan mereka untuk ayat-ayat seperti "count on, count back, counts from, less than, count before, count after, add another" dan sebagainya. Semua ayat-ayat dalam kad permainan matematik My Rummy cukup bermakna dan sesuai dengan pengalaman seharian murid. My Rummy secara tidak langsung menjadi alat bantuan mengajar untuk meningkatkan kemahiran matematik dan komunikasi dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.
3.6 Meneruskan Permainan.
Permainan ini akan diteruskan sehingga kesemua kad My Rummy telah di bacakan. Siapakah murid yang akan memberikan maklumbalas selepas Player 6? Lihat pengoperasian matematiknya.
• Nombor yang dikenalpasti ialah 7. Operasinya ialah REMOVE iaitu operasi tolak (subtraction).
• Melalui operasi REMOVE , pernyataan "remove 5 from 7" memberikan jawapan TWO iaitu 2.
Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 2? Ya, jawapannya ialah Player 5! Dalam pusingan ini, Player 5 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Sepertimana yang dilakukan oleh Player 6, Player 5 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 5 akan menyebut:
PLAYER 5 RESPONSE
Two is my number!
What is the sum of 2 and 1?
Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?
Lihat pengoperasian matematiknya.
• Nombor yang dikenalpasti ialah 2. Operasinya ialah SUM iaitu menyamai dengan operasi ADD tambah (addition).
• Melalui operasi SUM , pernyataan "the sum of 2 and 1 " memberikan jawapan THREE iaitu 3.
Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 3? Ya, jawapannya ialah Player 2! Dalam pusingan ini, Player 2 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Sepertimana yang dilakukan oleh Player 5 tadi, Player 2 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 2 akan menyebut:
PLAYER 2 RESPONSE
Three is my number!
What happen if we add 2 to 3?
Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?
Lihat pengoperasian matematiknya.
• Nombor yang dikenalpasti ialah 3. Operasinya ialah ADD iaitu tambah (addition).
• Melalui operasi ADD, pernyataan "add 2 to 3" yang mudah akan memberikan jawapan FIVE iaitu 5.
Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 5? Ya, jawapannya ialah Player 3! Dalam pusingan ini, Player 3 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Sepertimana yang dilakukan oleh Player 2 tadi, Player 3 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 3 akan menyebut:
PLAYER 3 RESPONSE
FIVE is my number!
What is the number if we add 1 and 5?
Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?
Lihat pengoperasian matematiknya.
• Nombor yang dikenalpasti ialah 5. Operasinya ialah ADD iaitu tambah (addition).
• Melalui operasi ADD, pernyataan "add 1 and 5 " yang mudah akan memberikan jawapan SIX iaitu 6.
Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 6? Ya, jawapannya ialah Player 4! Dalam pusingan ini, Player 4 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Ini adalah pusingan yang terakhir! Sepertimana yang dilakukan oleh Player 3 tadi, Player 4 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 4 akan menyebut:
PLAYER 4 RESPONSE
SIX is my number!
What is the number if we remove 2 from 6?
Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?
Lihat pengoperasian matematiknya.
• Nombor yang dikenalpasti ialah 6. Operasinya ialah REMOVE iaitu tolak (subtraction).
• Melalui operasi REMOVE, pernyataan "remove 2 from 6 " akan memberikan jawapan FOUR iaitu 4.
Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 4? Ya, jawapannya ialah Player 1 iaitu murid yang pertama sekali membacakan kad My Rummy! Dalam pusingan ini, Player 1 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!
4.0 Menamatkan Permainan
Apabila tiba giliran murid yang ke-5, iaitu Player 4, hasil operasi matematik akan kembali kepada Player 1. Player 1 yang sebelum ini merupakan murid yang memulakan permainan My Rummy juga perlu melalui proses mendengar, menganalisis, membuat perbandingam dan memberikan maklumbalas. Apabila Player 1 memberikan maklumbalas, secara automatik permainan My Rummy pun tamat!
Kesesuaian Permainan dan Penggunaan My Rummy
Permainan My Rummy math game amat sesuai digunakan sebagai permainan sama ada di peringkat awal, pertengahan mahupun di akhir waktu kelas atau sesi pembelajaran. Ia membuatkan murid-murid teruja untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam membuat pengiraan secara mental (mental computation). Siapa yang paling pantas menjawab dengan jawapan yang tepat, mereka adalah murid yang tinggi tahap number sense nya! Cubalah My Rummy dalam kalangan murid anda sendiri!
Jika anda seorang guru kelas...
Gunakankan permainan matematik My Rummy ketika waktu senggang, misalnya pada waktu selepas minggu peperiksaan atau sebelum cuti penggal bermula. Ia tidak sekali akan membebankan guru. My Rummy adalah permainan matematik yang sangat mudah. Daripada murid-murid membuang masa kerana tiada lagi silibus yang hendak diajar, adalah sangat baik jika murid-murid ini dilatih minda mereka dengan permainan matematik My Rummy yang menggalakkan komunikasi, hubungan sosial dan menyuburkan kemahiran pengiraan dan operasi mental (mental computation). My Rummy juga mampu terus merangsang dan memperkembang kemahiran berfikir murid-murid peringkat sekolah rendah
My Rummy ialah permainan kad matematik atau math card game yang amat sesuai untuk murid tahun 1 dan 2. Dengan aplikasi My Rummy, murid akan dapat:
Meningkatkan interaksi sosial sesama rakan-rakan.
Meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.
Meningkatkan kemahiran mendengar.
Meningkatkan tahap kepekaan nombor.
Meningkatkan keupayaan mengira secara mental (menggunakan teknik mental computation)
Meningkatkan keyakinan diri.
Meningkatkan keupayaan menganalisis, membuat perbandingan dan membuat keputusan.
Membangunkan keupayaan kemahiran reasoning (reasoning skill).
Menghubungkaitkan matematik dengan kehidupan seharian.
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, terdapat juga murid tahun 3 yang begitu lemah tahap number sense nya! Jika demikian, mereka juga termasuk dalam golongan yang sesuai bermain dengan My Rummy. My Rummy juga sesuai untuk digunakan oleh:
Pusat-pusat tuisyen yang mengajar subjek matematik!
Pusat kanak-kanak Pra-sekolah yang berumur 6 tahun!
Pakej My Rummy
My Rummy dipakejkan dalam kotak berkualiti tinggi untuk tujuan penyimpanan. Di dalamnya terdapat span yang berkualiti yang akan melindungi kad My Rummy daripada rosak. Kotak My Rummy juga mempunyai magnet untuk tujuan buka dan tutup yang mudah!
Kotak penyimpanan adalah sangat penting. Ramai guru yang membuat sendiri pelbagai permainan matematik yang kreatif, namun tidak sempat untuk memikirkan soal kaedah penyimpanan yang baik. Ini menyebabkan ada set permainan matematik yang telah dibuat itu hilang dan guru terpaksa membuat set yang baru. Bukankah ini amat menyusahkan? Dengan itu, My Rummy menyediakan kotak dengan ciri-ciri yang sesuai bagi memudahkan kad-kad disimpan dan mengelakkannya daripada hilang,
Kotak simpanan permainan matematik My Rummy yang berkualiti tinggi mengelakkan kerosakan ataupun kehilangan kad-kad permainan.
Spesifikasi My Rummy
Design: Rounded rectangle.
Dimension (card):3.5' L x 2.3' W
Card sets (hierarchical numbering): 20 (1.1 - 1.20)
Dimension (packaging box): 6.0' L x 9.6' W
Gross Weight: 486 g
My Rummy terdiri daripada 20 set kad yang menggunakan kertas keras yang berkualiti tinggi dan tidak menyerap air seperti kertas yang biasa. Ini bagi mengelakkan kad-kad My Rummy daripada terkoyak atau mudah rosak. My Rummy juga dicetak pada kad-kad dengan pelbagai warna yang menarik. Kad-kad My Rummy yang berwarna-warni lebih menambah keseronokan murid untuk bermain.
Kad-kad My Rummy® diperbuat daripada material berkualiti tinggi dan tahan lasak.
Setiap set My Rummy terdiri daripada 6 kad. Ini bermakna anda mempunyai 120 kad semuanya. Setiap set My Rummy berbeza dari segi kompleksiti pengoperasian matematiknya, iaitu daripada set yang mudah sehingga yang rumit. Jadi, murid-murid yang lebih bijak biasanya diberikan dengan set pengoperasian matematik yang lebih rumit.
Mudah dipegang Warna Cerah Ceria Saiz font Besar Ayat Matematik Ringkas
My Rummy Sebagai Hadiah!
Dapatkan My Rummy, untuk sekolah anda! ATAU jika anda ingin memberi sumbangan kepada sekolah anda semasa zaman persekolahan dahulu, My Rummy juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa kepada bekas sekolah anda! Satu idea yang sangat baik jika anda mendapatkan My Rummy dan menghadiahkannya kepada guru matematik sekolah rendah anda.
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment